Wednesday, 8 February 2012

Sevilla pecat Jurulatih Marcelino selepas rentetan keputusan buruk


Marcelino GraciaŠdipecat.

Sevila telah memecat jurulatih, Marcelino Garcia selepas rentetan keputusan buruk yang menyaksikan mereka turun ke tangga ke-11 liga, umum kelab La Liga itu Isnin lalu.
 
Kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada kelab yang sedang bergelut, Villareal yang tidak pernah menang di tempat lawan musim ini, bermakna Sevilla telah tidak menang sejak awal Disember.
 
"Sevilla mengambil keputusan untuk memecat jurulatih pasukan utama, Marcelino pagi ini disebabkan rentatan keputusan buruk yang telah menyaksikan kami melalui tujuh perlawanan tanpa kemenangan dan hanya mengutip dua mata," kata kelab dari Andalusia itu dalam satu kenyataan.
 
Dengan 26 mata dari 21 perlawanan, Sevilla empat mata di atas zon penyingkiran dan enam mata dari kedudukan kelayakan Liga Juara-juara.
 
Marcelino memulakan langkah dengan buruk bersama Sevilla selepas menggantikan Gregorio Manzano Jun lalu, apabila juara Piala UEFA 2006 dan 2007 itu gagal melepasi halangan pertama Liga Europa Ogos lalu.
 
Mereka juga disingkirkan dari Piala Raja Sepanyol oleh Valencia pada pusingan suku akhir bulan lalu.

No comments:

Post a Comment