FA England memberi amaran Capello mengenai pandangan terbukanya mengenai pemecatan kapten Terry. Fabio Capello berdepan masalah selepas kenyataan terbukanya bahawa John Terry tidak harus dipecat sebagai kapten England. Pengerusi FA yang berang, David Bernstein akan mengadakan pertemuan dengan Capello dan mengarahkannya berhenti dari mempersoalkan kekuasaan majikannya – atau beliau boleh dipecat kerana melanggar kontrak. Bernstein 'berang' kerana Capello pergi ke TV Itali untuk mencabar keputusan FA memecat Terry. Pengerusi FA itu telah pun membuat kenyataan terbuka di laman web FA menjelaskan sebab pemecatan Terry dan bahawa Capello harus memahami FA memang berhak melakukannya. FA menegaskan mereka tiada pilihan selain dari bertindak kerana tarikh perbicaraan Terry kerana mengeluarkan komen berbaur perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand telah ditetapkan pada 9 Julai iaitu selepas Kejohanan Eropah. Kedegilan Capello tidak disenangi Bernstein dan pengurusan FA – namun pengurus England itu tidak akan mengubah pendiriannya. Beliau percaya Terry harus kekal menjadi kapten dan prinsip 'tidak bersalah hingga dibuktikan' seharusnya dijunjung. | |
Wednesday, 8 February 2012
Senyap Atau Pergi!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment