Bayern Munich semakin hampir melengkapkan perpindahan musim panas pemain kebangsaan Switzerland, Xherdan Shaqiri dari Basel, dengan yuran sekitar 10 juta euro bakal dipersetujui, menurut laporan media di Jerman.
Kelab dari Bavaria itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan untuk winger muda tersebut, dan dilaporkan bakal mengesahkan khidmat pemain berusia 20 tahun itu hujung minggu ini.
Pasukan bimbingan Jupp Heynckes sebelum ini mensasarkan bintang Borussia Mochengladbach, Marco Reus, namun pemain kebangsaan Jerman itu sebaliknya memilih untuk menyertai Borussia Dortmund.
Namun begitu, gergasi Bundesliga tersebut menukar perhatian mereka kepada midfielder, Shaqiri dan mereka kini dilaporkan telah bersetuju terma dengan Basel berkaitan perpindahannya pada penghujung kempen ini.
Pihak yang terbabit dijangka melengkapkan perbincangan dalam beberapa hari ini, dan perjanjian itu harus dilengkapkan sebelum Basel dan Bayern bertemu dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara pada 22 Februari.
Bagi maklumat lanjut mengenai Pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara UEFA, dapatkan salinan edisi khas "Liga Juara-juara Eropah 2011-12", dibawakan kepada anda oleh Analisis WISEL! Akan berada di pasaran pada 7hb Feb 2012.