Saturday, 30 November 2013
Di Natale mahu kalahkan Juventus
Tiada Tawaran dari Man United untuk Everton Ribeiro
Kelab Brazil, Cruzeiro telah menegaskan mereka tidak menerima sebarang tawaran dari Manchester United buat Everton Ribeiro.
Juara Liga Perdana itu merupakan salah satu daripada beberapa kelab, termasuk Liverpool, yang telah dikaitkan dengan perpindahan buat midfielder berusia 24 tahun itu, yang baru menyertai Cruzeiro dari Coritiba pada Januari.
Namun begitu, pengarah bola sepak kelab, Alexandre Mattos, telah meredakan sebarang khabar tentang kemungkinan perpindahan namun mengakui Cruzeiro akan tidak mampu menolak sebarang tawaran wang besar.
"Tiada sebarang tawaran, hanya spekulasi," kata pengarah bola sepak Cruzeiro, Alexandre Mattos.
"Everton Ribeiro berkata dia mengimpikan beraksi buat Manchester United, kemudian orang mula bercakap, dan mereka kata dia berharga €8 juta [£6.7 juta] – itu tak masuk akal.
"Kami tolak satu tawaran €10 juta [£8.3 juta] [dari sebuah kelab di Timur Tengah] untuk peratusan yang kami miliki dan itu berlaku ketika pertengahan musim.
"Cruzeiro enggan benarkan mana-mana pemain pergi. Sebaliknya, kami mah bawa masuk lebih banyak pemain dan itu bukan saya yang bercakap, presiden yang katakan begitu.
"Semestinya kami bertimbang rasa, dan jika satu tawaran besar untuk Everton Ribeiro atau mana-mana pemain datang, kami perlu menjual."
Monacco Terus Perhatikan Bonucci
Monaco menambah bek tengah the Biaconeri dalam sasarannya musim panas ini
Leonardo Bonucci mendapat perhatian Monaco dengan aksi terbaiknya untuk Juventus musim ini.
Les Rouge et Blanc mahu memperkuatkan skuad dalam usaha mengenepikan Paris Saint-Germain sebagai juara Ligue 1 selepas mendapatkan pemain berprofil tinggi seperti Radamel Falcao, James Rodriguez dan Joao Moutinho.
Monaco mengenalpasti bahagian pertahanannya untuk diperkuatkan walaupun hanya bolos 11 gol dari 14 perlawanan setakat dalam musim ini.
Kelab Perancis itu melihat Bonucci, 26, sebagai pemain yang boleh membawa mereka ke tahap seterusnya dan menghantar peninjau semasa Juventus tewaskan Copenhagen di Liga Juara-juara.
Monaco belum membuat tawaran kukuh untuk bek tengah itu tapi mahu terus memerhatikannya sepanjang musim sebelum pergi ke langkah seterusnya musim panas nanti.
Bonucci dibeli Juventus dari Bari pada musim panas 2010 dan kini menjadi pemain utama di Turin, bermain lebih 100 perlawanan rasmi untuk the Bianconeri setakat ini. Beliau memiliki kontrak sehingga Jun 2017.
Subscribe to:
Comments (Atom)