Wednesday, 8 February 2012

Pardew Mahu Hatem bekerja keras


Hatem Bin Arfa ... perlu bekerja lebih keras.

Alan Pardew mencabar Hatem Bin Arfa agar meningkatkan prestasinya dan berjuang untuk tempat di Newcastle.
 
Pemain sayap Perancis itu bergelut dengan prestasi, dan persembahan buruk semasa menentang Blackburn minggu lepas mengesahkan mengenai kebimbangan mutu kerjanya yang masih perlu diperbaiki.
 
Pardew kini mempunyai pilihan serangan seperti Demba Ba dan Papiss Cisse, bermakna Hatem terpaksa melihat slot di posisi sayap kanan.
 
Bos United berkata, "Hatem masih belum cukup kukuh pada pendapat saya, ini Liga Perdana."
 
"Dia ada bakat luar biasa, tapi dia tak menggunakannya. Dia perlu bersaing untuk berada dalam pasukan ini."
 
"Dia masih boleh buat impak besar pada musim ini, tapi kami perlu mencari yang terbaik daripadanya. Dia tetap dalam perancangan kami lagi."

No comments:

Post a Comment