Monaco menambah bek tengah the Biaconeri dalam sasarannya musim panas ini
Leonardo Bonucci mendapat perhatian Monaco dengan aksi terbaiknya untuk Juventus musim ini.
Les Rouge et Blanc mahu memperkuatkan skuad dalam usaha mengenepikan
Paris Saint-Germain sebagai juara Ligue 1 selepas mendapatkan pemain
berprofil tinggi seperti Radamel Falcao, James Rodriguez dan Joao
Moutinho.
Monaco mengenalpasti bahagian pertahanannya untuk diperkuatkan
walaupun hanya bolos 11 gol dari 14 perlawanan setakat dalam musim ini.
Kelab Perancis itu melihat Bonucci, 26, sebagai pemain yang boleh
membawa mereka ke tahap seterusnya dan menghantar peninjau semasa
Juventus tewaskan Copenhagen di Liga Juara-juara.
Monaco belum membuat tawaran kukuh untuk bek tengah itu tapi mahu
terus memerhatikannya sepanjang musim sebelum pergi ke langkah
seterusnya musim panas nanti.
Bonucci dibeli Juventus dari Bari pada musim panas 2010 dan kini
menjadi pemain utama di Turin, bermain lebih 100 perlawanan rasmi untuk
the Bianconeri setakat ini. Beliau memiliki kontrak sehingga Jun 2017.
No comments:
Post a Comment