Di Natale mahu kalahkan Juventus
Penyerang berusia 36 tahun mahu memastikan ketiga-tiga mata apabila Udinese menentang The Bianconeri di Turin pada hari Ahad.
Kapten Udinese, Antonio Di Natale berharap pasukannya boleh
menyebabkan kejutan dalam perlawanan Serie A Ahad ini menentang
Juventus.
The Zebrette kini di tangga ke-11 dalam carta dan striker tersebut
tidak sabar-sabar bagi meneruskan kemenangan 1-0 hujung minggu lepas ke
atas Fiorentina dengan mengejutkan pendahulu liga di Turin.
"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar menentang Juventus, tapi kami
dalam perjalanan menang lagi," kata striker berusia 36 tahun.
"Kami menunjukkan kemampuan kami menentang Fiorentina dan Catania dan kami akan lakukan segalanya diTurin."
" Kami perlu bermain permainan kami dan mendekati mereka tanpa rasa
takut. Anda tak pernah tahu apa yang akan berlaku dalam bola sepak,
walaupun fakta bahawa Juventus adalah pasukan yang hebat."
Di Natale - yang menjaringkan sekurang-kurangnya 23 gol dalam setiap
satu daripada empat musim lalu di dalam Serie A, telah menjaringkan
empat gol dalam 12 penampilan bagi kempen semasa.
No comments:
Post a Comment