Saturday 30 November 2013

Di Natale mahu kalahkan Juventus

Penyerang berusia 36 tahun mahu memastikan ketiga-tiga mata apabila Udinese menentang The Bianconeri di Turin pada hari Ahad.




Kapten Udinese, Antonio Di Natale berharap pasukannya boleh menyebabkan kejutan dalam perlawanan Serie A Ahad ini menentang Juventus.

The Zebrette kini di tangga ke-11 dalam carta dan striker tersebut tidak sabar-sabar bagi meneruskan kemenangan 1-0 hujung minggu lepas ke atas Fiorentina dengan mengejutkan pendahulu liga di Turin.

"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar menentang Juventus, tapi kami dalam perjalanan menang lagi," kata striker berusia 36 tahun.

"Kami menunjukkan kemampuan kami menentang Fiorentina dan Catania dan kami akan lakukan segalanya diTurin."

" Kami perlu bermain permainan kami dan mendekati mereka tanpa rasa takut. Anda tak pernah tahu apa yang akan berlaku dalam bola sepak, walaupun fakta bahawa Juventus adalah pasukan yang hebat."

Di Natale - yang menjaringkan sekurang-kurangnya 23 gol dalam setiap satu daripada empat musim lalu di dalam Serie A, telah menjaringkan empat gol dalam 12 penampilan bagi kempen semasa.

Tiada Tawaran dari Man United untuk Everton Ribeiro




Pengarah bola sepak kelab telah redakan laporan tentang perpindahan ke Old Trafford buat pemain tengahnya.



Kelab Brazil, Cruzeiro telah menegaskan mereka tidak menerima sebarang tawaran dari Manchester United buat Everton Ribeiro.


Juara Liga Perdana itu merupakan salah satu daripada beberapa kelab, termasuk Liverpool, yang telah dikaitkan dengan perpindahan buat midfielder berusia 24 tahun itu, yang baru menyertai Cruzeiro dari Coritiba pada Januari.


Namun begitu, pengarah bola sepak kelab, Alexandre Mattos, telah meredakan sebarang khabar tentang kemungkinan perpindahan namun mengakui Cruzeiro akan tidak mampu menolak sebarang tawaran wang besar.


"Tiada sebarang tawaran, hanya spekulasi," kata pengarah bola sepak Cruzeiro, Alexandre Mattos.

"Everton Ribeiro berkata dia mengimpikan beraksi buat Manchester United, kemudian orang mula bercakap, dan mereka kata dia berharga €8 juta [£6.7 juta] – itu tak masuk akal.


"Kami tolak satu tawaran €10 juta [£8.3 juta] [dari sebuah kelab di Timur Tengah] untuk peratusan yang kami miliki dan itu berlaku ketika pertengahan musim.


"Cruzeiro enggan benarkan mana-mana pemain pergi. Sebaliknya, kami mah bawa masuk lebih banyak pemain dan itu bukan saya yang bercakap, presiden yang katakan begitu.


"Semestinya kami bertimbang rasa, dan jika satu tawaran besar untuk Everton Ribeiro atau mana-mana pemain datang, kami perlu menjual."

Monacco Terus Perhatikan Bonucci

 
Monaco menambah bek tengah the Biaconeri dalam sasarannya musim panas ini

Leonardo Bonucci mendapat perhatian Monaco dengan aksi terbaiknya untuk Juventus musim ini.

Les Rouge et Blanc mahu memperkuatkan skuad dalam usaha mengenepikan Paris Saint-Germain sebagai juara Ligue 1 selepas mendapatkan pemain berprofil tinggi seperti Radamel Falcao, James Rodriguez dan Joao Moutinho.


Monaco mengenalpasti bahagian pertahanannya untuk diperkuatkan walaupun hanya bolos 11 gol dari 14 perlawanan setakat dalam musim ini.


Kelab Perancis itu melihat Bonucci, 26, sebagai pemain yang boleh membawa mereka ke tahap seterusnya dan menghantar peninjau semasa Juventus tewaskan Copenhagen di Liga Juara-juara.

Monaco belum membuat tawaran kukuh untuk bek tengah itu tapi mahu terus memerhatikannya sepanjang musim sebelum pergi ke langkah seterusnya musim panas nanti.


Bonucci dibeli Juventus dari Bari pada musim panas 2010 dan kini menjadi pemain utama di Turin, bermain lebih 100 perlawanan rasmi untuk the Bianconeri setakat ini. Beliau memiliki kontrak sehingga Jun 2017.

Wednesday 8 February 2012

Munich makin hampir dapatkan pemain Basel, Xherdan Shaqiri


Xherdan Shaqiri bakal sertai Bayern.

Bayern Munich semakin hampir melengkapkan perpindahan musim panas pemain kebangsaan Switzerland, Xherdan Shaqiri dari Basel, dengan yuran sekitar 10 juta euro bakal dipersetujui, menurut laporan media di Jerman.
 
Kelab dari Bavaria itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan untuk winger muda tersebut, dan dilaporkan bakal mengesahkan khidmat pemain berusia 20 tahun itu hujung minggu ini.
 
Pasukan bimbingan Jupp Heynckes sebelum ini mensasarkan bintang Borussia Mochengladbach, Marco Reus, namun pemain kebangsaan Jerman itu sebaliknya memilih untuk menyertai Borussia Dortmund.
 
Namun begitu, gergasi Bundesliga tersebut menukar perhatian mereka kepada midfielder, Shaqiri dan mereka kini dilaporkan telah bersetuju terma dengan Basel berkaitan perpindahannya pada penghujung kempen ini.
 
Pihak yang terbabit dijangka melengkapkan perbincangan dalam beberapa hari ini, dan perjanjian itu harus dilengkapkan sebelum Basel dan Bayern bertemu dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara pada 22 Februari.
 
Bagi maklumat lanjut mengenai Pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara UEFA, dapatkan salinan edisi khas "Liga Juara-juara Eropah 2011-12", dibawakan kepada anda oleh Analisis WISEL! Akan berada di pasaran pada 7hb Feb 2012.

Sevilla pecat Jurulatih Marcelino selepas rentetan keputusan buruk


Marcelino GraciaŠdipecat.

Sevila telah memecat jurulatih, Marcelino Garcia selepas rentetan keputusan buruk yang menyaksikan mereka turun ke tangga ke-11 liga, umum kelab La Liga itu Isnin lalu.
 
Kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada kelab yang sedang bergelut, Villareal yang tidak pernah menang di tempat lawan musim ini, bermakna Sevilla telah tidak menang sejak awal Disember.
 
"Sevilla mengambil keputusan untuk memecat jurulatih pasukan utama, Marcelino pagi ini disebabkan rentatan keputusan buruk yang telah menyaksikan kami melalui tujuh perlawanan tanpa kemenangan dan hanya mengutip dua mata," kata kelab dari Andalusia itu dalam satu kenyataan.
 
Dengan 26 mata dari 21 perlawanan, Sevilla empat mata di atas zon penyingkiran dan enam mata dari kedudukan kelayakan Liga Juara-juara.
 
Marcelino memulakan langkah dengan buruk bersama Sevilla selepas menggantikan Gregorio Manzano Jun lalu, apabila juara Piala UEFA 2006 dan 2007 itu gagal melepasi halangan pertama Liga Europa Ogos lalu.
 
Mereka juga disingkirkan dari Piala Raja Sepanyol oleh Valencia pada pusingan suku akhir bulan lalu.

Jangan buat saya kembali ke Arsenal


Carlos Vela berharap untuk mengakhiri mimpi ngeri Arsenal.

Carlos Vela mengakui bahawa dia sudah selesai bersama Arsenal.
 
Striker Mexico itu menyatakan dia mahu kekal di sisi Sepanyol, Real Sociedad, yang mana dia kini dalam tempoh pinjaman di sana.
 
Vela berkata, "Saya tak mahu kembali ke Arsenal. saya meminta ejen saya agar berunding dengan Arsenal untuk saya kekal di sini."
 
Walaupun Sociedad mempunyai masalah kewangan, mereka berharap dapat mengekalkan Vela secara pinjaman sehingga 2013 dan memasukkan klausa yang membolehkan mereka membuat perjanjian kekal.

Pardew Mahu Hatem bekerja keras


Hatem Bin Arfa ... perlu bekerja lebih keras.

Alan Pardew mencabar Hatem Bin Arfa agar meningkatkan prestasinya dan berjuang untuk tempat di Newcastle.
 
Pemain sayap Perancis itu bergelut dengan prestasi, dan persembahan buruk semasa menentang Blackburn minggu lepas mengesahkan mengenai kebimbangan mutu kerjanya yang masih perlu diperbaiki.
 
Pardew kini mempunyai pilihan serangan seperti Demba Ba dan Papiss Cisse, bermakna Hatem terpaksa melihat slot di posisi sayap kanan.
 
Bos United berkata, "Hatem masih belum cukup kukuh pada pendapat saya, ini Liga Perdana."
 
"Dia ada bakat luar biasa, tapi dia tak menggunakannya. Dia perlu bersaing untuk berada dalam pasukan ini."
 
"Dia masih boleh buat impak besar pada musim ini, tapi kami perlu mencari yang terbaik daripadanya. Dia tetap dalam perancangan kami lagi."